MEshed.




Wonderful Camp.
April 19, 2013 | 7:55 AM | 0 Ask
Assalamualaikum.

Hi hi woa lama jugak aku tak update blog ni kan? Atoto sian. So, 12 April-14 April haritu that is last week. Aku pergi kem unit beruniform dekat Taman Wetland. Ya ya gambar atas tu pintu masuk dia lah hm. :) Nak naik pergi campsite kitaorang woa sumpah jauh gila seh. Sempat tidur cah. X) Tak sempat tidur tapi jauh lah. Kem kitaorang ni pihak bomba Bandar Tun Razak yang jaga. Abang abang handsome macho kelakar tegas semua ada lah.

First day dekat sana going nice. Sampai sampai je dirikan khemah kemas barang so whatever macam biasa lah. Then malam tu kitaorang ada aktiviti ice breaking. Ha lebih kurang macam kenal kenalkan diri lah haih susah nak cakap ah. Faham faham sendiri je lah k. Memandangkan perkhemahan ni 3 hari 2 malam, so time malam tu student semua kena bertugas berjaga malam tau. And i'm on duty malam pertama tu. Sampai 1 jam setengah jaga kot. Tak cukup orang punya pasal. Korbankan lah masa tidur sikit. Hm lagipun aku bukan boleh tidur sangat malam tu. Time dah habis bertugas dalam pukul 2 gitu ah, aku pun masuk khemah. Oh ya rakan satu khemah aku is Alia Asikin and Syaza. Baru je berapa minit, baru je mata ni nak lelap, tiba tiba dengar bunyi siren. And semua orang kena berkumpul. Seriously time ni selekeh gila ah aku cakap. Rasanya bibik indon pun lagi cun. Dah tergesa gesa sangat. Sarung je lah apa apa yang dapat. Sampai ada yang pakai kain pelikat lagi. K serious tak boleh tahan do aku tengok. Rupanya, time aku dah habis bertugas tu, ada lagi yang belum tidur. Duk sembang sembang gelak gelak eee cepuk kang. Semua kena denda. Pagi pagi buta kitaorang buat aktiviti. Boleh bayangkan tak? Dengan kedinginan malam dia haih. Dalam pukul 3 lebih tak silap, kitaorang boleh tidur balik. Nasib baik semua tidur. Kalau ada yang tak tidur lagi, memang kena berjaga ah kitaorang oh.

The next day bangun pukul 5 sebab kena berebut bilik mandi nak mandi kan? Kang tak mandi busuk seh. Sebab time tidur dalam khemah berpeluh gila punya gila kot. After that kitaorang ada aktiviti kembara pagi. Naik bas pergi Taman apa nama aku dah lupa lah pulak oi. Tapi dekat Presint 11 lah. Sumpah besar gila do. Dekat situ kitaorang buat aktiviti macam explorace lah. Lebih kurang gitu gitu ah. Berlari sana sini. Haih takde hala tuju kot. Ikut map yang dia bagi je. Even ada 3 checkpoint je, tapi checkpoint dia jauh jauh. Sampai group kitaorang sesat sesat kot. Ha dasyat kan well sebab map dia bagi serious tak clear. Nasib baik jumpa jalan balik. Kalau tak haih tak tahu gimana mau ngomong. Tengahari tu kitaorang ada latihan kawad sebab on the last day kitaorang ada pertandingan kawad kaki. Well dah kata kem beruniform. Takde kawad memang tak sah ah en? Enyenye. Petang pulak ada aktiviti "ikhtiar hidup". Ni lah yang kumpulan kitaorang dapat no 2 ni. Ceh bajet je. XD Malam ada aktiviti kembara malam. Um well not bad ah aktiviti aktiviti second day ni. Tapi this is the day yang memang penat gila piggy ah weh. Non stop kot. Ada je aktiviti dia nak buat. Bagi aku the best time yang ikhtiar hidup tu. Best seriously. 

On the last day yay. Nak balik dah. Bangun pagi sumpah tak tipu rasa heaven gila. Sebab nak balik dah. So jum dengar pasal last day ni pulak. Bangun pagi mandi jogging buat latihan kawad. Lepas latihan kawad, mandi mandi. Siap siap. Then, Pertandingan Kawad. Time ni dup dap tak tahu kenapa. Kak Zaf pun banyak lupa command. Kitaorang dah buat yang terbaik dah ah. Tapi takde luck nak buat gimana? :3 Lepas pertandingan, balik khemah. Rehat rehat kemas barang kemas khemah. Dah mula sedih dah time ni. Dah kemas semua pergi majlis penutupan. K sumpah sedih gila time ni weh. Dah umum umum pemenang semua apa benda. Sementara nak tunggu bas, kitaorang lepak lepak dengan abang abang bomba tu. Time ni lah baru diaorang nak buat lawak. Nak gelak gelak. Tak tegas. Haih. Diaorang minta maaf semua. Memang sedih gila lah weh time ni. Rasa macam tak nak balik rumah. Nak abang bomba. Ha like that k. Teruk kan? K dah.

Jangan komen apa apa pasal muka kami. Kami tahu kami sunburn. Tak sunburn bukan kem lah namanya.
 
 
So this is abe abe bomba yang awesome sempoi. Haih best lepak dengan diorang ni sebenarnya. Pandai buat lawak. Tengok yang berdiri kanan sekali. Comel k comel.